AWAS
...!
ANDA KINI BERADA DI DALAM 'ZON GAYAT'.

17 November 2008

RM 100 Juta Latih 100,000 Tenaga Mahir...

UTUSAN MALAYSIA, 7 November 2008
Oleh HASNURUL MOHAMED

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Kementerian Kerja Raya memperuntukkan RM100 juta kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk melatih 100,000 tenaga mahir tempatan dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh asing.
Menterinya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, mereka akan dilatih selama setahun di enam Akademi Binaan Malaysia (ABM) di seluruh negara.

"Kita mempunyai enam ABM iaitu di Sungai Petani, Terengganu, Wilayah Tengah, Johor, Sabah dan Sarawak.

"Ketika ini kita mempunyai 320,000 orang tenaga buruh asing yang perlu dikurangkan melalui peningkatan modal insan khususnya anak muda kita sendiri yang memerlukan latihan teknikal dan vokasional," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan pertandingan Kemahiran ASEAN ke-7 yang akan diadakan di sini, dari 14 hingga 16 November ini. Seramai 197 peserta akan mengambil bahagian dalam 19 bidang kemahiran yang dipertandingkan.

Katanya, langkah awal untuk menimbulkan minat terhadap industri pembinaan perlu dilakukan apabila 10,000 kanak-kanak sekolah dibawa dan didedahkan tentang pertandingan kemahiran yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Beliau menambah, perkara yang mempunyai hubung kait dengan kemahiran teknikal dan vokasional sebenarnya memberi kekuatan kepada ekonomi negara.

dan ayahteh pun menulis...

Usaha Kerajaan dalam mengurangkan 'kebergantungan' terhadap tenaga buruh asing memang patut diberi pujian namun jika Kerajaan hanya menzahirkan usaha tersebut berdasarkan jumlah besar wang yang telah diperuntukkan untuk melatih Tenaga Kerja Mahir Tempatan Baru sahaja ianya akan menjadi satu usaha yang membazir dan sia-sia sahaja.

Sebab ayahteh berkata begitu..?

Ini kerana Malaysia bukannya tidak mempunyai cukup Tenaga Kerja Mahir Tempatan seperti mana yang digembar-gemburkan malah kita mempunyai ramai (berlambak sebenarnya) Tenaga Kerja Mahir Tempatan yang berkelayakan cuma tidak diberikan peluang atau tidak berminat untuk terus serius menceburkan diri dalam sektor pembinaan ini dan 'lari' memilih untuk berkhidmat di sektor lain.

"Mengapa...??"

Persoalan inilah yang harus dikaji dengan lebih teliti dan terperinci sebenarnya... jika kerajaan hanya menumpukan untuk mengambil & melatih tenaga kerja baru semata-mata ianya tidak memberikan apa-apa impak terhadap sasaran asal mengurangkan kebanjiran Tenaga Kerja Asing itu sendiri.

Usaha Kerajaan melambak Tenaga Kerja Mahir Tempatan Baru sahaja tidak memberi jalan penyelesaian jika masalah yang dihadapi kebanyakan Tenaga Kerja Mahir yang sedia ada selama ini tidak diberi perhatian & tindakan sewajarnya.

Pendapat Anda?




No comments: