AWAS
...!
ANDA KINI BERADA DI DALAM 'ZON GAYAT'.

10 January 2009

The Most Interesting Fact Being A Tower Crane Operator....Part 2.


Operator vs Tandas...!


Sebulan ayahteh 'bercuti'... cuti dari mengupdate blog towercrane.com ni aje. Dalam pada masa yang sama sebenarnya sibuk membantu seorang sahabat baik ayahteh menguruskan event bersama Berita Harian dari awal hingga hujung Disember yang lepas... Ketika orang sibuk menyambut Awal Muharram, ayahteh dan rakan-rakan pula bertungkus lumus menjayakan event tersebut... Sibuknya hanya Tuhan yang tahu. Alhamdulillah, event Kem Kecemerlangan Diri Berita Harian telah pun selesai dan berjalan seperti mana yang dirancang. Terima kasih kepada rakan-rakan yang terlibat yang banyak memberi bantuan & berkongsi pengalaman dalam menjayakan event tersebut.

Dan kini tiba masanya untuk ayahteh menunaikan janji yang telah sebulan tertangguh sebelum ini. Tentu ramai yang menantikan susulan dari post part 1 'Operator vs Tangga' yang lepas. Untuk post part 2 kali ini, kita akan bercerita mengenai 'Operator vs Tandas' pula.
Tentu ramai yang menyangka Tandas merupakan salah satu bahagian terpenting yang wajib ada bagi setiap Kren Menara. Ada sesetengah juga yang berpendapat bekerja dalam situasi ketinggian sebegini ditambah pula dalam jangka masa kerja yang tertentu seharusnya dilengkapi dengan kemudahan tandas bagi memudahkan operatornya membuang air kecil & besar.
Hmm... Ikut 'logik' sepatutnya memang begitulah. Namun tahukah anda sebenarnya Kren Menara TIDAK dilengkapi dengan kemudahan Tandas...?

"hah?? habis tu, macam mana nak buang.......??"

Jawapannya ialah...


dan



Hehehe...

Memandang ketiadaan tandas 'rasmi', inilah 2 'perkakas' penting yang wajib ada di dalam setiap cabin Kren Menara. Ketika berada dalam situasi 'kecemasan' sewaktu sedang menjalankan tugas, 2 'perkakas' ini amat bernilai bagi setiap Operator Kren Menara seperti kami.

Bagaimana cara nak gunakannya tak perlulah ayahteh terangkan secara detail di sini, takut ada yang tak lalu nak tidur pulak nanti...haha. Anda bayangkanlah sendiri & buat-buat faham ajelah. Segalanya terpulang kepada tahap individual skill setiap operator untuk mengaplikasikan 2 'perkakas' ini sebaik mungkin...! huahhuah...

Adalah melanggar 'kod etika' & menjadi satu kesalahan yang besar jika operator bertindak 'membuang sisa' secara live atau online begitu sahaja...hehe. Apatah lagi jika bahan yang dibuang itu terkena pula kepada orang yang sedang khusyu' bekerja di bawah... memang
lepas tu operator bakal bertukar alamat tempat kerja la jawabnya...huhu.

Kerana itulah botol & plastik dijadikan alternatif sebagai bekas simpanan sementara bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku. Air juga penting bagi setiap cabin, bukan hanya untuk minuman sahaja tapi juga untuk
 digunakan sebagai air wudhu' untuk solat bagi yang muslim. Disebabkan itu setiap operator akan berusaha memastikan cabin masing-masing mempunyai bekalan air yang secukupnya kerana tiada tandas bermakna tiada paip air...!

Kebiasaannya setelah selesai waktu kerja, sebelum operator turun barulah segala 'stok' yang disimpan akan dibuang ke bawah. Itu pun bergantung kepada keadaan juga, jika masih ada orang bekerja di bawah maknanya 'stok' terpaksa disimpan sehari lagi sehinggalah tiba waktu yang benar-benar 'selamat' & bersesuaian untuk dijatuhkan sebagai 'bom berangkai'
ke dalam tong sampah yang disediakan di bahagian bawah kren...hehe.

Ya, memang ada disediakan tong tapi di bahagian bawah kren. Mengikut pengalaman ayahteh, faktor angin banyak mempengaruhi 'proses & tempat pendaratan' botol-botol & plastik-plastik 'hikmat' ini jika terus dibuang begitu sahaja...hehe. Jadi, sebagai operator perlulah bijak dalam membuat sebarang keputusan...ewah.

Nasihat ayahteh kepada anda yang berkeinginan atau telah pun bekerja di tapak pembinaan...awasi diri anda, elakkan dari memegang objek seperti ini...!!

ps : Haha... Banyak juga kisah & pengalaman lucu berkenaan penggunaan tandas pakai buang ni. Mungkin ayahteh akan kongsikan bersama anda satu hari nanti, Insya'Allah jika dipanjangkan umur. Mungkin masih belum terlewat...selamat menyambut Awal Muharram & Tahun Baru kepada anda semua...:)
Tajuk posting Part 3...? Operator vs Makan...!