AWAS
...!
ANDA KINI BERADA DI DALAM 'ZON GAYAT'.

29 November 2008

The Most Interesting Fact Being A Tower Crane Operator....Part 1.

By Ayahteh

Operator vs Tangga...!

Memanjat & menuruni tangga melalui ruangan mass antara bahagian bawah hingga ke bahagian operator cabin tanpa menggunakan lift setiap hari adalah rutin biasa sebagai Operator Kren Menara.

Keadaan ini sama sekali berbeza daripada mengendali Kren dari jenis yang lain seperti Kren Berantai & Kren Beroda kerana ia tidak memerlukan operatornya memanjat terlalu tinggi untuk sampai ke ruangan cabin. Ini kerana kedudukan cabin kren jenis ini lebih rendah berbanding cabin Kren Menara yang lebih tinggi & tergantung di udara...

Sememangnya keadaan inilah yang menyebabkan kerjaya ini nampak sedikit 'istimewa' & mencabar sebenarnya kerana banyak bermain dengan faktor ketinggian yang melampaui kebiasaan. Chewah! ;)

Jadi tidak hairanlah mengapa majoriti dari Operator Kren Menara seperti kami lebih dikenali dengan nama jolokan 'orang atasan' di setiap tapak binaan walaupun kami tak ada kena mengena langsung dengan 'Kerajaan Langit' tajaan Ayah Pin...eh, ke situ pulak! hehe...


Jangan terkejut kerana kemudahan lift @ passenger hoist hanya disediakan di bahagian struktur binaan bangunan sahaja, manakala tiada alat bantuan khusus disediakan bagi memudahkan operator untuk sampai ke ruang cabin. Segalanya bergantung sepenuhnya pada kekuatan kaki & tangan operator semata-mata. Keadaan ini adalah biasa bagi cara pemasangan Kren Menara jenis 'Free Standing' (gambar bawah).

Memang kedengaran seakan mudah, tapi jika ketinggian Kren mencapai >50 meter dari permukaan tanah juga mengambilkira faktor kedudukan tangga bersudut 90 darjah, ianya adalah cukup memenat & menjerihkan...!

Namun berlainan pula jika cara pemasangan Kren Menara jenis External & Internal Climbing. 'External Climbing' adalah istilah yang digunakan apabila struktur Kren yang dipasang berada di bahagian sisi luar struktur binaan bangunan manakala 'Internal Climbing' pula berada di tengah-tengah struktur binaan bangunan tersebut.

Kaedah pemasangan Kren sebegini memberikan sedikit advantage kepada operator kerana boleh menggunakan short cut melalui lift bangunan untuk sampai ke bahagian tengah mass seterusnya berjalan melintasi bahagian tie yang ditambat antara struktur kren dan struktur bangunan untuk sampai ke bahagian tangga kren.

Pun begitu walau bagaimana mudah pun short cut yang dilalui, di akhirnya operator tetap terpaksa memanjat tangga juga kerana kebiasaannya kedudukan kren adalah jauh lebih tinggi dari bangunan yang sedang dibina... :(




Kesannya, majoriti daripada operator hanya akan memanjat naik pada waktu pagi ketika hendak memulakan kerja dan hanya akan turun setelah selesai waktu kerja sahaja kerana tidak sanggup hendak memanjat berulang kali & membuang tenaga. Lazimnya, Operator Kren Menara tidak kira sama ada yang telah berusia mahupun yang muda, akan menghabiskan seluruh waktu kerja & juga waktu rehat di dalam cabin sahaja. Amat jarang sekali ada operator yang sanggup berulang alik turun naik tanpa sebab musabab yang munasabah.


Namun jika memanjat & menuruni tangga dengan menggunakan teknik kawalan nafas & pergerakan tubuh yang betul, tahap keletihan akan dapat diseimbangkan...yang pasti tak kira dengan apa cara sekalipun, letih tetap letih! huhu

ps : Ayahteh sendiri pun tiap kali memanjat kren akan berhenti rehat mengambil nafas hingga 4 ke 5 kali sebelum sempat sampai ke atas...setiap pagi mulakan kerja dalam keadaan mencungap2! kakaka.

Nantikan posting yang akan datang... Part 2 - Operator vs 'Tandas'...!


20 November 2008

Tower Crane...The Most Tallest In The World...!

video



17 November 2008

Belia Kurang Ceburi Industri Pembinaan...?

BERITA HARIAN, 16 November 2008
Zainab Mohd Yatim bhnews@bharian.com.my

Malaysia mempunyai kapasiti untuk tenaga kerjanya meningkatkan kepakaran dari segi teknikal dan vokasional dalam industri pembinaan, tetapi keupayaan itu belum dimanfaatkan sepenuhnya.

Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata keadaan ini berlaku kerana sektor pembinaan negara ini masih berada pada tahap konvensional menyebabkan golongan belia kurang tertarik untuk menyertai sektor itu.

"Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menyediakan institut kemahiran seperti Institut Giat Mara, Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Akademi Binaan Negara yang mampu melahirkan pekerja yang kreatif dan mahir. "Bagaimanapun, kemudahan disediakan itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencetus anjakan kepakaran kerana generasi muda," katanya selepas melawat pusat Pertandingan Kemahiran Asean Ketujuh (ASC) yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini, di Akademi Binaan Malaysia (ABM), di sini, semalam.

Menjelaskan mengenai perjalanan pertandingan ASC, Mohd Zin berkata, beliau berpuas hati dengan penganjuran yang menyaksikan lebih 200 ahli profesional muda tempatan dalam bidang industri, perkhidmatan dan vokasional di seluruh negara berkumpul menunjukkan kebolehan, bakat dan keupayaan masing-masing.

dan ayahteh pun menulis...

Jika benar bagai dikata... Tentu ada 'sesuatu' yang tidak kena dengan Industri Pembinaan di Malaysia ini, kan?

Status Industri di 'Tahap Konvesional' mungkin salah satu punca mengapa belia kurang berminat namun ia bukanlah punca utama sebenarnya. Ada punca lain yang perlu diberi perhatian yang lebih oleh Kerajaan.

Pendapat anda...?


RM 100 Juta Latih 100,000 Tenaga Mahir...

UTUSAN MALAYSIA, 7 November 2008
Oleh HASNURUL MOHAMED

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Kementerian Kerja Raya memperuntukkan RM100 juta kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk melatih 100,000 tenaga mahir tempatan dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh asing.
Menterinya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, mereka akan dilatih selama setahun di enam Akademi Binaan Malaysia (ABM) di seluruh negara.

"Kita mempunyai enam ABM iaitu di Sungai Petani, Terengganu, Wilayah Tengah, Johor, Sabah dan Sarawak.

"Ketika ini kita mempunyai 320,000 orang tenaga buruh asing yang perlu dikurangkan melalui peningkatan modal insan khususnya anak muda kita sendiri yang memerlukan latihan teknikal dan vokasional," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan pertandingan Kemahiran ASEAN ke-7 yang akan diadakan di sini, dari 14 hingga 16 November ini. Seramai 197 peserta akan mengambil bahagian dalam 19 bidang kemahiran yang dipertandingkan.

Katanya, langkah awal untuk menimbulkan minat terhadap industri pembinaan perlu dilakukan apabila 10,000 kanak-kanak sekolah dibawa dan didedahkan tentang pertandingan kemahiran yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Beliau menambah, perkara yang mempunyai hubung kait dengan kemahiran teknikal dan vokasional sebenarnya memberi kekuatan kepada ekonomi negara.

dan ayahteh pun menulis...

Usaha Kerajaan dalam mengurangkan 'kebergantungan' terhadap tenaga buruh asing memang patut diberi pujian namun jika Kerajaan hanya menzahirkan usaha tersebut berdasarkan jumlah besar wang yang telah diperuntukkan untuk melatih Tenaga Kerja Mahir Tempatan Baru sahaja ianya akan menjadi satu usaha yang membazir dan sia-sia sahaja.

Sebab ayahteh berkata begitu..?

Ini kerana Malaysia bukannya tidak mempunyai cukup Tenaga Kerja Mahir Tempatan seperti mana yang digembar-gemburkan malah kita mempunyai ramai (berlambak sebenarnya) Tenaga Kerja Mahir Tempatan yang berkelayakan cuma tidak diberikan peluang atau tidak berminat untuk terus serius menceburkan diri dalam sektor pembinaan ini dan 'lari' memilih untuk berkhidmat di sektor lain.

"Mengapa...??"

Persoalan inilah yang harus dikaji dengan lebih teliti dan terperinci sebenarnya... jika kerajaan hanya menumpukan untuk mengambil & melatih tenaga kerja baru semata-mata ianya tidak memberikan apa-apa impak terhadap sasaran asal mengurangkan kebanjiran Tenaga Kerja Asing itu sendiri.

Usaha Kerajaan melambak Tenaga Kerja Mahir Tempatan Baru sahaja tidak memberi jalan penyelesaian jika masalah yang dihadapi kebanyakan Tenaga Kerja Mahir yang sedia ada selama ini tidak diberi perhatian & tindakan sewajarnya.

Pendapat Anda?




08 November 2008

Bagaimana Cara Mengangkat Beban tanpa Menggunakan Kren...??

Berikut adalah rakaman satu peristiwa yang tidak pernah terlintas di dalam akal fikiran manusia normal seperti kita.

Di mana kebiasaannya Kren mengambil alih kerja-kerja mengangkat & memindah sesuatu bebanan yang berat dari satu tempat ke tempat yang lebih sukar dilakukan menggunakan tenaga manusia biasa namun berlainan pula yang terjadi di Kepulauan Kailolo, Sulawesi, Indonesia.

video

Mengikut cerita, semasa kerja pembinaan sebuah masjid dilakukan di sini penduduk kampung mengalami kesukaran untuk menaikkan kubah masjid akibat ketiadaan perkhidmatan kren memandangkan kawasan tersebut merupakan kawasan kepulauan terpencil.

Akibat dari sumber kewangan yang terhad bagi menyewa kren dari kawasan lain ditambah juga dengan kos pengangkutan kren menggunakan kapal yang terlalu mahal ke tempat mereka. Penduduk kampung berikhtiar untuk meminta bantuan guru-guru agama dan orang-orang alim di kawasan berhampiran berhimpun mengadakan solat hajat, berpuasa, dan berzikir beberapa hari memohon kepada Allah bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka itu.

Diberitakan lagi, berkat doa & keyakinan mereka yang tinggi kepada Kekuasaan Allah, ketika mereka sedang khusyu' berzikir, dengan izin Allah kubah tersebut dengan sendiri naik terapung-apung dari permukaan tanah ke udara dan terus melayang perlahan-lahan hingga sampai ke lokasi yang ingin ditempatkan (di puncak bumbung masjid tersebut, anggaran ketinggian 30-40m dari permukaan tanah!).

Peristiwa Pelik bin Ajaib yang sempat dirakamkan ini memang cukup mustahil dipercayai oleh mata akal normal kita, namun jika kita melihat dengan mata hati & iman kepada Pencipta segalanya akan bertukar menjadi sebaliknya...

"...Ya Allah, Sesungguhnya kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau juga kami memohon Pertolongan..."

Maka terpulanglah kepada diri anda sendiri untuk menilainya...wallahua'lam.