AWAS
...!
ANDA KINI BERADA DI DALAM 'ZON GAYAT'.

18 February 2012

Tower Crane Operator in Action.




Actually our daily routine.


04 August 2009

Introduction To Crane...

General Definiton.

Crane :
Crane is mechanical device that used for raising or lowering loads and moving them horizontally to the required location.

Mobile Crane :
Mobile Crane is a crane mounted on wheels, which can be driven under its own power.

Crawler Crane :
Crawler crane is a type of crane mounted on crawler tracks, which can be driven under its own power. The crawler carrier allows the crane to travel with a load on firm and level ground. It also gives the crane a high degree of manoeuvrability.

Tower Crane :
Tower Crane is a heavy metal tower plant designed for industry to perform crane operations in medium to high rise structure.

Crane Operator :
Any person that competent to operate cranes. Typically duties shall include pre-operational check, operation of the crane and post operational check. He must be fully conversant with all aspects of safe crane operations.

30 July 2009

Sudah Mempunyai Sijil & Lesen Tapi Tiada Kerja...?

e-mail 1.

Assalammualaikum wbt.


Saya bekas penuntut CIDB dan mempunyai cukup syarat (atas kertas) untuk mengendalikan kren menara..Bila keluar dari kursus, rupanya sukar nak dapat kerja operasi kren ni..

Boleh bagi tips, mcmner nak dapatkan kerja ni..?

Masa belajar, tak diberitahu pun perlu bertahun2 pengalaman perlu ada... cuma perlu ada Lesen, Sijil CIDB, Kad Hijau utk masuk tapak binaan..

From,
kembara.


Ayahteh pun jawab,


Wa'alaikumussalam wbt...

Saudara Kembara,

Sememangnya ramai lg bekas2 penuntut CIDB & juga Institut2 Latihan yg lain juga di luar sana yg mengalami nasib yg sama seperti anda.

ayahteh juga turut mengalami nasib yg sama juga pada peringkat awal menceburkan diri di dalam kerjaya ini dulu...sampai tahap menungging2 kt umah, pening kepala bila terlalu lama jadi 'jaga' x bergaji kt kampung. Mujur la x sampai tahap bercakap dgn tangga umah mak masa tu (harapnye anda belum sampai ke tahap itu...!)... kl tidak, xtau la jd ape skang nih... dh tentu ayahteh duk Tanjung Rambutan kira semut lalu melintas di kaki lima...! hehe.

Dari kajian ayahteh sendiri, peratus bekas2 penuntut yang berjaya mendapatkan kerja dalam bidang ini amatlah rendah berbanding jumlah keseluruhan yg telah berjaya menamatkan latihan di Akademi2 atau Institut2 Latihan di seluruh negara. Ramai yg dh ada Sijil & Lesen tapi gagal mendapatkan pekerjaan...

Antara alasan yg paling popular...kerana tiada pengalaman.

" Maka tidaklah menjadi satu perkara yg pelik hari ini apabila anda mempunyai Sijil & Lesen Operasi Kren tetapi bekerja sebagai driver teksi, lori roti, lori air batu, bas sekolah, beca roda 3 dan yg sewaktu dengannye...dan adalah lebih malang lagi jika anda mempunyai Sijil & Lesen Operasi kren tetapi bekerja sebagai pemancing ikan tilan secara sambilan di kampung sendiri...! :)"


2 Tips Paling Mudah Untuk Mendapatkan Kerja Dalam Bidang Ini :

1. Cari pengalaman.
  • Untuk cari pengalaman berjinak2lah dengan bidang yang anda ingin ceburi ini. INGAT! Pada peringkat permulaan ini, anda tidak semestinya perlu naik memandu kren utk mencari pengalaman sebagai Operator Kren. Bunyinya macam pelik, tapi x perlu hairan sebab jika anda nk jadi driver lori sekalipun perlu bertahun2 pengalaman menjadi seorang kelindan...! Jadi, dalam apa2 bidang sekalipun yg anda ingin ceburi, bermulalah dari bawah. Agak sukar untuk terus melompat ke puncak gunung jika anda x mahu mendaki kaki & merempuh denainya. Maka permulaan ini jadilah signalman (pemandu arah) dahulu, kerana kerjaya ini juga amat berkait rapat dengan Operasi Kren Menara yg memerlukan signalman sebagai pemandu arah bagi kerja2 yang menyukarkan Operatornya untuk melihat (blind spot area) bebanan & keadaan persekitarannya.
Kebanyakan Operator Kren Menara hari ini juga berpengalaman bekerja sebagai signalman (termasuk ayahteh sendiri). Keadaan ini banyak memberi kelebihan kepada anda kerana secara tak langsung telah terlatih & memahami selok-belok situasi kerja di bawah khususnya di tempat2 yg agak sukar melakukan kerja mengangkat bebanan. Pengalaman ini banyak membantu anda dalam mengawal pergerakan Kren ketika melaksanakan kerja apabila bergelar Operator kelak. Mengawal beban dengan hanya menggunakan isyarat suara dan tangan adalah asas yang wajib dikuasai oleh signalman & operator itu sendiri bagi mengelakkan sebarang kejadian yg tak diingini dari berlaku.

Pengalaman memang amat penting.

" Bayangkan sekiranya Operator Kren yang tidak cukup latihan dan pengalaman dibenarkan mengendalikan kren...mengangkat beban dengan keadaan bergoyang, berhayun & terhuyung-hayang ke sana ke mari...alamatnya memang ramai la pekerja yg berada di bawah mati x sempat mengucap, yg lari bertempiaran menyelamatkan diri tu jgn cerita la...satu site huru-hara mcm nk kiamat nanti! Jawabnye itulah kali pertama & terakhirnya anda berpeluang mengendalikan kren untuk seumur hidup anda...!"

Ingatlah bahawa kerjaya Operator Kren Menara ini bukan semudah yg anda sangkakan. Ini bukan perkara main2 kerana setiap nyawa mereka yang bekerja/berada di bawah berada di tangan anda...! Jadi, carilah pengalaman...percayalah anda tidak akan rugi.
  • Nak jadi operator Kren kena berkawan dengan Operator Kren. Langkah awal ini secara x langsung memberi pendedahan awal kepada anda mengenai situasi kerja sebenar di dalam Tapak Binaan melalui cerita, borak & sembang pengalaman rakan2 operator itu sendiri. Bukan maksud ayahteh melarang anda berkawan dengan orang yg berlainan kerjaya dgn anda, nk kawan ngn sape2 pun boleh...cuma untuk permulaan ni biarlah kita memilih kawan yg boleh memberi motivasi yg menjurus kepada bidang yg kita ingin ceburi ini. Faktor ini nampak remeh tapi cukup mempengaruhi. Psikologinya adalah utk menambah minat & melatih ketahanan mental anda dalam bidang ini.
Melalui pengalaman, ramai di antara sahabat2 'seperguruan' ayahteh dahulu yg kantoi bab ni. Kawan banyak memainkan peranan dalam hidup kita betul tak? Ramai kawan yg masa kita gelak dia gelak, masa kita nangis pun dia gelak...! Jadi, renung2 & fikir2kanlah...

2. Banyakkan Bersabar.

  • Bukan senang nak jadi senang. Pepatah ini memang dah biasa kita dengar ye tak? Ayat yg cukup simple tapi amat sukar untuk kita menerima kebenarannya dalam hidup kita seharian. Jadi tibalah masanya kita mempersiapkan diri untuk berdepan dengan kenyataan bahawa segala kesusahan kita hari ini mempunyai hikmah di sebaliknya... Anggaplah segala kepayahan yg terpaksa anda tempuhi hari ini sebagai latihan & ujian untuk melihat sejauh mana serius & kentalnya semangat anda untuk menceburi bidang ini...(pergh...ayahteh dh rasa mcm Dr. Fadhilah Kamsah la pulak! haha)
Jangan cepat mengalah. Kalau hendak seribu daya, buktikan!

29 July 2009

Setelah Hampir 7 Bulan Tak Di Update...!

peergh... lama giler...!!

Ape citer TowerCrane.com...? Apa dh jadi? Moderator dah arwah ke...? Ayahteh dah terjun Kren bunuh diri...?? Lama dah x update blog nih...

Haa...kepada peminat2 setia (ade ke...?) Ayahteh, berjuta kemaafan dipohon kerana terlalu lama 'menganaktirikan' TowerCrane.com nih...inilah bahananye bila buat 5 kerja dalam satu masa, mesti ada yang jadi 'korban'. Ayahteh ada, moderator masih bernyawa, ayahteh x terjun Kren pun...Kl nk bunuh diri pn ayahteh akan pilih cara lain yang lebih bergaya lagi...hehe.

Ayahteh dh kembali mula menulis...x sabar2 rasanye nk sambung merapu dalam TowerCrane.com nih.
Hingga kini Alhamdulillah, merapu2 ayahteh ni pn ramai gak yang masuk baca...banyak gak ayahteh dapat respon...
Respon positif ada, negatif pn banyak juga. Biasalah...kita x boleh nak puaskan hati semua pihak, ada orang suka kita ada orang benci kita...ayahteh terima kenyataan tu dgn hati yang terbuka.

Akan datang kita akan sambung sembang yang dh lama tertangguh dulu. Juga bakal menyusul kategori e-mail pembaca yang bertanyakan tentang pelbagai perkara berkenaan Kerjaya ini...Insya'Allah Ayahteh akan siarkan e-mail2 anda yang berlambak2 ini beserta jawapan serta pandangan peribadi ayahteh skali...

TungguuU...!

10 January 2009

The Most Interesting Fact Being A Tower Crane Operator....Part 2.


Operator vs Tandas...!


Sebulan ayahteh 'bercuti'... cuti dari mengupdate blog towercrane.com ni aje. Dalam pada masa yang sama sebenarnya sibuk membantu seorang sahabat baik ayahteh menguruskan event bersama Berita Harian dari awal hingga hujung Disember yang lepas... Ketika orang sibuk menyambut Awal Muharram, ayahteh dan rakan-rakan pula bertungkus lumus menjayakan event tersebut... Sibuknya hanya Tuhan yang tahu. Alhamdulillah, event Kem Kecemerlangan Diri Berita Harian telah pun selesai dan berjalan seperti mana yang dirancang. Terima kasih kepada rakan-rakan yang terlibat yang banyak memberi bantuan & berkongsi pengalaman dalam menjayakan event tersebut.

Dan kini tiba masanya untuk ayahteh menunaikan janji yang telah sebulan tertangguh sebelum ini. Tentu ramai yang menantikan susulan dari post part 1 'Operator vs Tangga' yang lepas. Untuk post part 2 kali ini, kita akan bercerita mengenai 'Operator vs Tandas' pula.

Tentu ramai yang menyangka Tandas merupakan salah satu bahagian terpenting yang wajib ada bagi setiap Kren Menara. Ada sesetengah juga yang berpendapat bekerja dalam situasi ketinggian sebegini ditambah pula dalam jangka masa kerja yang tertentu seharusnya dilengkapi dengan kemudahan tandas bagi memudahkan operatornya membuang air kecil & besar.

Hmm... Ikut 'logik' sepatutnya memang begitulah. Namun tahukah anda sebenarnya Kren Menara TIDAK dilengkapi dengan kemudahan Tandas...?

"hah?? habis tu, macam mana nak buang.......??"

Jawapannya ialah...

dan



Hehehe...

Memandang ketiadaan tandas 'rasmi', inilah 2 'perkakas' penting yang wajib ada di dalam setiap cabin Kren Menara. Ketika berada dalam situasi 'kecemasan' sewaktu sedang menjalankan tugas, 2 'perkakas' ini amat bernilai bagi setiap Operator Kren Menara seperti kami.

Bagaimana cara nak gunakannya tak perlulah ayahteh terangkan secara detail di sini, takut ada yang tak lalu nak tidur pulak nanti...haha. Anda bayangkanlah sendiri & buat-buat faham ajelah. Segalanya terpulang kepada tahap individual skill setiap operator untuk mengaplikasikan 2 'perkakas' ini sebaik mungkin...! huahhuah...

Adalah melanggar 'kod etika' & menjadi satu kesalahan yang besar jika operator bertindak 'membuang sisa' secara live atau online begitu sahaja...hehe. Apatah lagi jika bahan yang dibuang itu terkena pula kepada orang yang sedang khusyu' bekerja di bawah... memang
lepas tu operator bakal bertukar alamat tempat kerja la jawabnya...huhu.

Kerana itulah botol & plastik dijadikan alternatif sebagai bekas simpanan sementara bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku. Air juga penting bagi setiap cabin, bukan hanya untuk minuman sahaja tapi juga untuk
istinja' dan air wudhu' untuk solat bagi yang muslim. Disebabkan itu setiap operator akan berusaha memastikan cabin masing-masing mempunyai bekalan air yang secukupnya kerana tiada tandas bermakna tiada paip air...!

Kebiasaannya setelah selesai waktu kerja, sebelum operator turun barulah segala 'stok' yang disimpan akan dibuang ke bawah. Itu pun bergantung kepada keadaan juga, jika masih ada orang bekerja di bawah maknanya 'stok' terpaksa disimpan sehari lagi sehinggalah tiba waktu yang benar-benar 'selamat' & bersesuaian untuk dijatuhkan sebagai 'bom berangkai'
ke dalam tong sampah yang disediakan di bahagian bawah kren...hehe.

Ya, memang ada disediakan tong tapi di bahagian bawah kren. Mengikut pengalaman ayahteh, faktor angin banyak mempengaruhi 'proses & tempat pendaratan' botol-botol & plastik-plastik 'hikmat' ini jika terus dibuang begitu sahaja...hehe. Jadi, sebagai operator perlulah bijak dalam membuat sebarang keputusan...ewah.

Nasihat ayahteh kepada anda yang berkeinginan atau telah pun bekerja di tapak pembinaan...awasi diri anda, elakkan dari memegang objek seperti ini...!!


ps : Haha... Banyak juga kisah & pengalaman lucu berkenaan penggunaan tandas pakai buang ni. Mungkin ayahteh akan kongsikan bersama anda satu hari nanti, Insya'Allah jika dipanjangkan umur. Mungkin masih belum terlewat...selamat menyambut Awal Muharram & Tahun Baru kepada anda semua...:)

Tajuk posting Part 3...? Operator vs Makan...!


29 November 2008

The Most Interesting Fact Being A Tower Crane Operator....Part 1.

By Ayahteh

Operator vs Tangga...!

Memanjat & menuruni tangga melalui ruangan mass antara bahagian bawah hingga ke bahagian operator cabin tanpa menggunakan lift setiap hari adalah rutin biasa sebagai Operator Kren Menara.

Keadaan ini sama sekali berbeza daripada mengendali Kren dari jenis yang lain seperti Kren Berantai & Kren Beroda kerana ia tidak memerlukan operatornya memanjat terlalu tinggi untuk sampai ke ruangan cabin. Ini kerana kedudukan cabin kren jenis ini lebih rendah berbanding cabin Kren Menara yang lebih tinggi & tergantung di udara...

Sememangnya keadaan inilah yang menyebabkan kerjaya ini nampak sedikit 'istimewa' & mencabar sebenarnya kerana banyak bermain dengan faktor ketinggian yang melampaui kebiasaan. Chewah! ;)

Jadi tidak hairanlah mengapa majoriti dari Operator Kren Menara seperti kami lebih dikenali dengan nama jolokan 'orang atasan' di setiap tapak binaan walaupun kami tak ada kena mengena langsung dengan 'Kerajaan Langit' tajaan Ayah Pin...eh, ke situ pulak! hehe...


Jangan terkejut kerana kemudahan lift @ passenger hoist hanya disediakan di bahagian struktur binaan bangunan sahaja, manakala tiada alat bantuan khusus disediakan bagi memudahkan operator untuk sampai ke ruang cabin. Segalanya bergantung sepenuhnya pada kekuatan kaki & tangan operator semata-mata. Keadaan ini adalah biasa bagi cara pemasangan Kren Menara jenis 'Free Standing' (gambar bawah).

Memang kedengaran seakan mudah, tapi jika ketinggian Kren mencapai >50 meter dari permukaan tanah juga mengambilkira faktor kedudukan tangga bersudut 90 darjah, ianya adalah cukup memenat & menjerihkan...!

Namun berlainan pula jika cara pemasangan Kren Menara jenis External & Internal Climbing. 'External Climbing' adalah istilah yang digunakan apabila struktur Kren yang dipasang berada di bahagian sisi luar struktur binaan bangunan manakala 'Internal Climbing' pula berada di tengah-tengah struktur binaan bangunan tersebut.

Kaedah pemasangan Kren sebegini memberikan sedikit advantage kepada operator kerana boleh menggunakan short cut melalui lift bangunan untuk sampai ke bahagian tengah mass seterusnya berjalan melintasi bahagian tie yang ditambat antara struktur kren dan struktur bangunan untuk sampai ke bahagian tangga kren.

Pun begitu walau bagaimana mudah pun short cut yang dilalui, di akhirnya operator tetap terpaksa memanjat tangga juga kerana kebiasaannya kedudukan kren adalah jauh lebih tinggi dari bangunan yang sedang dibina... :(




Kesannya, majoriti daripada operator hanya akan memanjat naik pada waktu pagi ketika hendak memulakan kerja dan hanya akan turun setelah selesai waktu kerja sahaja kerana tidak sanggup hendak memanjat berulang kali & membuang tenaga. Lazimnya, Operator Kren Menara tidak kira sama ada yang telah berusia mahupun yang muda, akan menghabiskan seluruh waktu kerja & juga waktu rehat di dalam cabin sahaja. Amat jarang sekali ada operator yang sanggup berulang alik turun naik tanpa sebab musabab yang munasabah.


Namun jika memanjat & menuruni tangga dengan menggunakan teknik kawalan nafas & pergerakan tubuh yang betul, tahap keletihan akan dapat diseimbangkan...yang pasti tak kira dengan apa cara sekalipun, letih tetap letih! huhu

ps : Ayahteh sendiri pun tiap kali memanjat kren akan berhenti rehat mengambil nafas hingga 4 ke 5 kali sebelum sempat sampai ke atas...setiap pagi mulakan kerja dalam keadaan mencungap2! kakaka.

Nantikan posting yang akan datang... Part 2 - Operator vs 'Tandas'...!