AWAS
...!
ANDA KINI BERADA DI DALAM 'ZON GAYAT'.

29 November 2008

The Most Interesting Fact Being A Tower Crane Operator....Part 1.

By Ayahteh

Operator vs Tangga...!

Memanjat & menuruni tangga melalui ruangan mass antara bahagian bawah hingga ke bahagian operator cabin tanpa menggunakan lift setiap hari adalah rutin biasa sebagai Operator Kren Menara.

Keadaan ini sama sekali berbeza daripada mengendali Kren dari jenis yang lain seperti Kren Berantai & Kren Beroda kerana ia tidak memerlukan operatornya memanjat terlalu tinggi untuk sampai ke ruangan cabin. Ini kerana kedudukan cabin kren jenis ini lebih rendah berbanding cabin Kren Menara yang lebih tinggi & tergantung di udara...

Sememangnya keadaan inilah yang menyebabkan kerjaya ini nampak sedikit 'istimewa' & mencabar sebenarnya kerana banyak bermain dengan faktor ketinggian yang melampaui kebiasaan. Chewah! ;)

Jadi tidak hairanlah mengapa majoriti dari Operator Kren Menara seperti kami lebih dikenali dengan nama jolokan 'orang atasan' di setiap tapak binaan walaupun kami tak ada kena mengena langsung dengan 'Kerajaan Langit' tajaan Ayah Pin...eh, ke situ pulak! hehe...


Jangan terkejut kerana kemudahan lift @ passenger hoist hanya disediakan di bahagian struktur binaan bangunan sahaja, manakala tiada alat bantuan khusus disediakan bagi memudahkan operator untuk sampai ke ruang cabin. Segalanya bergantung sepenuhnya pada kekuatan kaki & tangan operator semata-mata. Keadaan ini adalah biasa bagi cara pemasangan Kren Menara jenis 'Free Standing' (gambar bawah).

Memang kedengaran seakan mudah, tapi jika ketinggian Kren mencapai >50 meter dari permukaan tanah juga mengambilkira faktor kedudukan tangga bersudut 90 darjah, ianya adalah cukup memenat & menjerihkan...!

Namun berlainan pula jika cara pemasangan Kren Menara jenis External & Internal Climbing. 'External Climbing' adalah istilah yang digunakan apabila struktur Kren yang dipasang berada di bahagian sisi luar struktur binaan bangunan manakala 'Internal Climbing' pula berada di tengah-tengah struktur binaan bangunan tersebut.

Kaedah pemasangan Kren sebegini memberikan sedikit advantage kepada operator kerana boleh menggunakan short cut melalui lift bangunan untuk sampai ke bahagian tengah mass seterusnya berjalan melintasi bahagian tie yang ditambat antara struktur kren dan struktur bangunan untuk sampai ke bahagian tangga kren.

Pun begitu walau bagaimana mudah pun short cut yang dilalui, di akhirnya operator tetap terpaksa memanjat tangga juga kerana kebiasaannya kedudukan kren adalah jauh lebih tinggi dari bangunan yang sedang dibina... :(




Kesannya, majoriti daripada operator hanya akan memanjat naik pada waktu pagi ketika hendak memulakan kerja dan hanya akan turun setelah selesai waktu kerja sahaja kerana tidak sanggup hendak memanjat berulang kali & membuang tenaga. Lazimnya, Operator Kren Menara tidak kira sama ada yang telah berusia mahupun yang muda, akan menghabiskan seluruh waktu kerja & juga waktu rehat di dalam cabin sahaja. Amat jarang sekali ada operator yang sanggup berulang alik turun naik tanpa sebab musabab yang munasabah.


Namun jika memanjat & menuruni tangga dengan menggunakan teknik kawalan nafas & pergerakan tubuh yang betul, tahap keletihan akan dapat diseimbangkan...yang pasti tak kira dengan apa cara sekalipun, letih tetap letih! huhu

ps : Ayahteh sendiri pun tiap kali memanjat kren akan berhenti rehat mengambil nafas hingga 4 ke 5 kali sebelum sempat sampai ke atas...setiap pagi mulakan kerja dalam keadaan mencungap2! kakaka.

Nantikan posting yang akan datang... Part 2 - Operator vs 'Tandas'...!


2 comments:

Anonymous said...

salam ayahteh..ader keja kosong tuk operator kren tak...saya operator kren gak skang ngah menganggur...

Anonymous said...

salam kembali, do email me at msi.wmn280@gmail.com
not a promise but i will try to help u then. :)