AWAS
...!
ANDA KINI BERADA DI DALAM 'ZON GAYAT'.

14 October 2017

BILA GENDANG DIPALU...

 Kali ni Ayahteh terpanggil lagi untuk menulis...
(Sikit2 terpanggil... Entahape2. Huhu)

Isu yang tetap sama walaupun dah berbelas tahun berlalu. Isunya tak lain dan tak bukan adalah isu Majikan dan Sub-Contractor (Subcon) ni.

Ramai yang mintak Ayahteh ulas berkenaan isu ini. Sebenarnya Ayahteh malas nak ulas panjang2 berkaitan hal ni sebab jadi pengulas isu2 mcm ni tak dibayar pun gaji dan takut penat menaip je walhasilnya tetap sia2... Hehe

Tapi makin diam makin banyak pulak suara2 sumbang menuduh Ayahteh ada kepentingan (self interest) dalam page TowerCrane.com... In Malaysia ini...

"Dia ni geng2 subcon"
"Dah kena 'beli'..."
"Page ni dibayar..."

Dan macam2 dakwaan lagi. 👍

Pendek kata, complete package semua korang tapau buh dalam guni bagi kat Ayahteh Operator Kren Menara yang serba hina lagi dina ini... Ayahteh saaaayang korang ketat2 beb... Sumpah tak tipu. Hihi

Wait... Wait... Nanti dulu.

Special edition untuk posting kali ini, dan dengan rasa rendah diri, Ayahteh kongsikan satu surat yang Ayahteh rasa boleh memberi jawapan kepada segala dakwaan2 tadi secara package tapau lagi mangkuk bertingkat2 serta pukul keliling jugak.

Dan dengan segala hormatnya, Ayahteh menjemput kalian semua membaca dan memahami akan segala point2 penting dan segala isi kandungan yang Ayahteh kongsikan dalam surat ini (Baca jangan tak baca. Penat jugak menaip ni weii). 😅

Surat bertarikh 24 Oktober 2007 sedar tak sedar dah 10 tahun umurnya. Kertasnya pun dah kekuningan dah...

Surat ini merupakan salinan original yang ditujukan khas kepada Pengarang berita Akhbar Mingguan Malaysia sebagai respon kepada satu artikel siarannya yang bertajuk 'Apa dasar kita?' tulisan Ku Seman Ku Hussein bertarikh 1 Oktober 2007.

Tidak dapat dipastikan sama ada surat Ayahteh ini selamat sampai ke tangan Pengarang (Itu kena tanya Abam Posmen la yea...) atau ada disiarkan dalam Akhbar Mingguan Malaysia pada ketika itu... Wallahua'lam.

Yang pasti, inilah pendirian Ayahteh mewakili seluruh sahabat2 admin yang bertugas dalam page TowerCrane.com... In Malaysia berkenaan isu ini. Alhamdulillah, kami tetap teguh dengan pendirian ini sehingga ke hari ini dan akan tetap terus memperjuangkannya bersama2 sampai bila2 selagi hayat kami dikandung badan... Insya'Allah. Doa2kan.

Sahabat2 Operator Yang Ayahteh Kasihi Semua...

Perjuangan ini bukannya mudah...
Dan perjuangan ni ada banyak cara dan kaedahnya...

Tak semestinya semua perkara yang kita usahakan itu perlu dikongsi untuk pengetahuan umum... Yang mana perlu tu, kongsikanlah. Dan yang mana rasa tak perlu tu, simpanlah.

Dan tak semestinya jika bersikap DIAM itu membawa maksud - TIDAK BERBUAT APA2 atau TAK TAHU APA2.


HATI-HATI BILA BERBICARA...



Kalau Ayahteh gila nak 'glamour' cara mudah, dah lama surat2 begini viral dalam internet sebelum ni...

Perkongsian surat dalam posting ini pun terpaksa dibuat kerana nak menjawab segala dakwaan karut dan membersihkan nama page ini semata2. Itu pun selepas 10 tahun disimpan dan dah bersawang lama dalam almari file kat rumah Ayahteh ni.

Ini baru contoh satu surat, ada banyak lagi bentuk2 penulisan lain dan ikhtiar lain yang Ayahteh usahakan sebelum ni mengikut kemampuan dan cara Ayahteh yang tersendiri.

Sungguh pun segala usaha Ayahteh selama ni dipandang lekeh dan hina sekalipun, ada jugak pihak2 tak bertanggungjawab yang menggunakan artikel2 tulisan Ayahteh di blog tanpa kebenaran lagi (Nak kena saman ni. Hihi). Come on guys... Grow Up Please. 😎

Ayahteh bukanlah bertujuan untuk nak tunjuk hebat atau nak jadi hero... Kalian nilailah sendiri siapa yang suka sembang kencang tapi bila bertindak perlahan nak mampus kalah penyu bertelur dan semua hasil tak tahu ke mana dan jadi entah apa2... Dan siapa pulak yang jenis bertindak pantas tanpa perlu sembang kencang dan tak banyak bicara ni...

Malas nak cakap lebih2 la nanti kena tuduh tak ikhlas pulak nanti... Betul tak? Hihi

Cukuplah sekadar siapa yang mengenali Ayahteh dan mengetahui apa yang Ayahteh usahakan selama ni, itu dah lebih dari memadai.

Panjang dah membebel ni jadi Ayahteh nak mohon diri dulu untuk ke sekian kalinya dengan satu pertanyaan mudah lagi senang serta kacang...

"Dengan segala situasi yang semakin meruncing ketika ini, cukupkah jika kita hanya sekadar sembang kencang di kedai mamak atau di warung kopi sahaja...?"

Fikir... Renung... Cari jawapan dan hadamkan baik2 soalan ni. 😎

Adioss... Kbaii...! 👋

Tukang Jawab,
- Ayahteh -

5.00am (11 Oktober 2017).

#TheFirstTowerCraneBloggersInMalaysia
#TowerCraneDotComInMalaysia


No comments: