AWAS
...!
ANDA KINI BERADA DI DALAM 'ZON GAYAT'.

22 October 2008

Apa Itu Kren Menara...?

Pernahkah anda melihat jentera sebegini...?


Ya...Jika anda tinggal di mana-mana sahaja bandar besar di Malaysia ini, jentera terpacak menongkat langit sebegini bukanlah sesuatu yang menghairankan sesiapa malahan ianya adalah satu pemandangan yang biasa sahaja.

Malahan, tidak boleh dinafikan jentera ini juga boleh dikatakan sebagai salah satu simbol menandakan betapa kepesatan serta kemajuan ekonomi sesebuah negara atau tempat itu sedang rancak berlaku.



Mengikut pengalaman ayahteh, soalan-soalan berikut merupakan soalan paling famous yang ditanya jika seseorang itu mengetahui bidang kerja ayahteh ini...


Bagaimanakah cara ia dipasang dan dinaikkan sehingga tinggi...?

Adakah ia mudah untuk dikendalikan?













Diringkaskan cerita, Kren Menara ini adalah salah satu dari puluhan jenis kren kategori heavy machinery (jentera berat) yang biasa digunakan untuk mengangkat & memindahkan segala jenis material yang berat & besar dari satu tempat ke tempat yang lain.

Penggunaannya juga bertujuan bagi memudah & mempercepatkan proses binaan sesebuah struktur yang bersifat tinggi, besar & luas seperti bangunan, jambatan, dsb, dan juga mengikut kesesuaian keperluan kerja di sesebuah tapak binaan.

Umumnya, Kren Menara mempunyai banyak jenis, namun antara yang popular adalah jenis Hammer Head dan Luffing. Dan setiap daripada 2 jenis utama ini terbahagi pula kepada beberapa pecahan lain mengikut saiz dan jenis pengilangnya.

Sebagai contoh mudah seperti lori dan kereta la...kedua-duanya dari jenis 'keluarga' pengangkutan tetapi setiap satu mempunyai banyak jenis dari segi saiz & pengilangnya juga.


Boleh dikatakan 99% daripada struktur Kren Menara adalah diperbuat daripada besi padu dan ianya dibahagikan pula kepada beberapa bahagian (section). Bahagian-bahagian ini boleh dipisah & dicantumkan semula. Teknik cantum & lerai section by section inilah yang digunakan bagi memudahkan proses pasang & buka sesebuah kren menara. Ianya juga bertujuan untuk memudahkan proses pemindahan Kren dari satu tapak ke tapak binaan yang lain.


















'Upacara' yang paling digeruni...? jecking up mass section...!!











Tahukah anda proses yang dinamakan jecking up mass section ini adalah salah satu 'upacara' yang amat menggerunkan bukan sahaja orang lain yang melihatnya bahkan Maintenance Crew dan Operator itu sendiri sebenarnya...?!

" ...Ini kerana kami terpaksa berada di atas Kren tersebut bagi memastikan kestabilan Kren agar tidak tumbang ketika proses ini sedang dijalankan..."


Segala prosedur harus dibuat dengan teliti dan berhati-hati kerana walaupun dengan hanya sedikit kealpaan & kesilapan bakal memungkinkan 5 atau 6 nyawa yang berada di atas Kren mahupun yang berada di bawahnya bakal melayang...!

Pun begitu kerja menaikkan kren dari satu tingkat ke satu tingkat ini memang tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan prosedur biasa bagi penggunaan Kren Menara yang memang berada di kedudukan paling tinggi di sesebuah tapak binaan.

Caranya dengan menaikkan keseluruhan bahagian atas Kren terlebih dahulu menggunakan hidraulic pump untuk mengosongkan ruang bahagian jecking case (gambar bawah) bagi membolehkan bahagian mass yang mahu disambung ditarik masuk perlahan-lahan dan dicantumkan dengan struktur mass yang telah siap sedia disambung. Proses ini akan diulang berkali-kali sehingga mencapai tahap ketinggian yang sesuai & dikehendaki.

Semua Operator akan merasai 'nikmat'nya gerun dan kecut perut setiap kali menjalankan proses ini walaupun sudah beratus-ratus kali melaluinya...!

Mengapa..??

"...Kerana setiap kali 'pump hidraulic' menolak batang 'cylinder' (yang hanya sebatang) ke atas untuk mengangkat keseluruhan bahagian atas Kren setiap kali itulah Kren akan berombak dan bergoyang...seolah-olah seperti berada di atas kapal di tengah laut yang sedang bergelora...! "
Bayangkan sekiranya 'upacara' ini dilakukan ketika Kren berada pada ketinggian 100 hingga 150 meter dari permukaan tanah...? Berdepan pula dengan faktor angin dan sebagainya...memang tidak dapat dihuraikan betapa 'meriah'nya suasana...dan tak dapat digambarkan juga dengan kata-kata bagaimana 'seronok'nya kerja menstabilkan Kren dalam situasi begini.

"...hanya Tuhan yang tahu betapa semua organ dalam badan (jantung, paru-paru, buah pinggang, dsb) akan turut sama saling bertukar-tukar tempat pada ketika itu...hehehe."

No comments: