AWAS
...!
ANDA KINI BERADA DI DALAM 'ZON GAYAT'.
Showing posts with label sembang. Show all posts
Showing posts with label sembang. Show all posts

29 July 2009

Setelah Hampir 7 Bulan Tak Di Update...!

peergh... lama giler...!!

Ape citer TowerCrane.com...? Apa dh jadi? Moderator dah arwah ke...? Ayahteh dah terjun Kren bunuh diri...?? Lama dah x update blog nih...

Haa...kepada peminat2 setia (ade ke...?) Ayahteh, berjuta kemaafan dipohon kerana terlalu lama 'menganaktirikan' TowerCrane.com nih...inilah bahananye bila buat 5 kerja dalam satu masa, mesti ada yang jadi 'korban'. Ayahteh ada, moderator masih bernyawa, ayahteh x terjun Kren pun...Kl nk bunuh diri pn ayahteh akan pilih cara lain yang lebih bergaya lagi...hehe.

Ayahteh dh kembali mula menulis...x sabar2 rasanye nk sambung merapu dalam TowerCrane.com nih.
Hingga kini Alhamdulillah, merapu2 ayahteh ni pn ramai gak yang masuk baca...banyak gak ayahteh dapat respon...
Respon positif ada, negatif pn banyak juga. Biasalah...kita x boleh nak puaskan hati semua pihak, ada orang suka kita ada orang benci kita...ayahteh terima kenyataan tu dgn hati yang terbuka.

Akan datang kita akan sambung sembang yang dh lama tertangguh dulu. Juga bakal menyusul kategori e-mail pembaca yang bertanyakan tentang pelbagai perkara berkenaan Kerjaya ini...Insya'Allah Ayahteh akan siarkan e-mail2 anda yang berlambak2 ini beserta jawapan serta pandangan peribadi ayahteh skali...

TungguuU...!

08 November 2008

Bagaimana Cara Mengangkat Beban tanpa Menggunakan Kren...??

Berikut adalah rakaman satu peristiwa yang tidak pernah terlintas di dalam akal fikiran manusia normal seperti kita.

Di mana kebiasaannya Kren mengambil alih kerja-kerja mengangkat & memindah sesuatu bebanan yang berat dari satu tempat ke tempat yang lebih sukar dilakukan menggunakan tenaga manusia biasa namun berlainan pula yang terjadi di Kepulauan Kailolo, Sulawesi, Indonesia.



Mengikut cerita, semasa kerja pembinaan sebuah masjid dilakukan di sini penduduk kampung mengalami kesukaran untuk menaikkan kubah masjid akibat ketiadaan perkhidmatan kren memandangkan kawasan tersebut merupakan kawasan kepulauan terpencil.

Akibat dari sumber kewangan yang terhad bagi menyewa kren dari kawasan lain ditambah juga dengan kos pengangkutan kren menggunakan kapal yang terlalu mahal ke tempat mereka. Penduduk kampung berikhtiar untuk meminta bantuan guru-guru agama dan orang-orang alim di kawasan berhampiran berhimpun mengadakan solat hajat, berpuasa, dan berzikir beberapa hari memohon kepada Allah bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka itu.

Diberitakan lagi, berkat doa & keyakinan mereka yang tinggi kepada Kekuasaan Allah, ketika mereka sedang khusyu' berzikir, dengan izin Allah kubah tersebut dengan sendiri naik terapung-apung dari permukaan tanah ke udara dan terus melayang perlahan-lahan hingga sampai ke lokasi yang ingin ditempatkan (di puncak bumbung masjid tersebut, anggaran ketinggian 30-40m dari permukaan tanah!).

Peristiwa Pelik bin Ajaib yang sempat dirakamkan ini memang cukup mustahil dipercayai oleh mata akal normal kita, namun jika kita melihat dengan mata hati & iman kepada Pencipta segalanya akan bertukar menjadi sebaliknya...

"...Ya Allah, Sesungguhnya kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau juga kami memohon Pertolongan..."

Maka terpulanglah kepada diri anda sendiri untuk menilainya...wallahua'lam.




22 October 2008

'Pilot' Kren Menara




Ramai juga yang bertanya, "Bagaimanakah agaknya rasa bekerja sebagai 'pemandu' jentera tersebut...?"

Semestinya kerjaya ini bukanlah menjadi kerjaya pilihan (malah tak pernah termimpi pun) bagi sesetengah daripada anak-anak kecil mahupun anda sendiri, betul kan?


Mm...mungkin juga ada yang berminat untuk mencuba kerja 'gila' ini namun bilangannya mungkin tidaklah seramai kerjaya-kerjaya hebat yang lain seperti peguam, doktor, juruterbang dsb.


..."
Ayahteh ni pun sebenarnya waktu kecik-kecik dulu, memang bercita-cita nak jadi 'pilot kapal terbang'...dan kini Alhamdulillah, setelah dewasa tetap juga berjaya mencapai cita-cita tersebut walaupun hanya menjadi seorang 'pilot tower crane'...!
" Hehe...




Yelah...kerja pun ditempat yang tinggi, lebih kurang sama macam 'pilot' la jugak tu...! Ye tak? huhu