Assalammualaikum wbt.
Saya bekas penuntut CIDB dan mempunyai cukup syarat (atas kertas) untuk mengendalikan kren menara..Bila keluar dari kursus, rupanya sukar nak dapat kerja operasi kren ni..
Boleh bagi tips, mcmner nak dapatkan kerja ni..?
Masa belajar, tak diberitahu pun perlu bertahun2 pengalaman perlu ada... cuma perlu ada Lesen, Sijil CIDB, Kad Hijau utk masuk tapak binaan..
From,
kembara.
Ayahteh pun jawab,
Wa'alaikumussalam wbt...
Saudara Kembara,
Sememangnya ramai lg bekas2 penuntut CIDB & juga Institut2 Latihan yg lain juga di luar sana yg mengalami nasib yg sama seperti anda.
ayahteh juga turut mengalami nasib yg sama juga pada peringkat awal menceburkan diri di dalam kerjaya ini dulu...sampai tahap menungging2 kt umah, pening kepala bila terlalu lama jadi 'jaga' x bergaji kt kampung. Mujur la x sampai tahap bercakap dgn tangga umah mak masa tu (harapnye anda belum sampai ke tahap itu...!)... kl tidak, xtau la jd ape skang nih... dh tentu ayahteh duk Tanjung Rambutan kira semut lalu melintas di kaki lima...! hehe.
Dari kajian ayahteh sendiri, peratus bekas2 penuntut yang berjaya mendapatkan kerja dalam bidang ini amatlah rendah berbanding jumlah keseluruhan yg telah berjaya menamatkan latihan di Akademi2 atau Institut2 Latihan di seluruh negara. Ramai yg dh ada Sijil & Lesen tapi gagal mendapatkan pekerjaan...
Antara alasan yg paling popular...kerana tiada pengalaman.
" Maka tidaklah menjadi satu perkara yg pelik hari ini apabila anda mempunyai Sijil & Lesen Operasi Kren tetapi bekerja sebagai driver teksi, lori roti, lori air batu, bas sekolah, beca roda 3 dan yg sewaktu dengannye...dan adalah lebih malang lagi jika anda mempunyai Sijil & Lesen Operasi kren tetapi bekerja sebagai pemancing ikan tilan secara sambilan di kampung sendiri...! :)"
2 Tips Paling Mudah Untuk Mendapatkan Kerja Dalam Bidang Ini :
1. Cari pengalaman.
- Untuk cari pengalaman berjinak2lah dengan bidang yang anda ingin ceburi ini. INGAT! Pada peringkat permulaan ini, anda tidak semestinya perlu naik memandu kren utk mencari pengalaman sebagai Operator Kren. Bunyinya macam pelik, tapi x perlu hairan sebab jika anda nk jadi driver lori sekalipun perlu bertahun2 pengalaman menjadi seorang kelindan...! Jadi, dalam apa2 bidang sekalipun yg anda ingin ceburi, bermulalah dari bawah. Agak sukar untuk terus melompat ke puncak gunung jika anda x mahu mendaki kaki & merempuh denainya. Maka permulaan ini jadilah signalman (pemandu arah) dahulu, kerana kerjaya ini juga amat berkait rapat dengan Operasi Kren Menara yg memerlukan signalman sebagai pemandu arah bagi kerja2 yang menyukarkan Operatornya untuk melihat (blind spot area) bebanan & keadaan persekitarannya.
Pengalaman memang amat penting.
" Bayangkan sekiranya Operator Kren yang tidak cukup latihan dan pengalaman dibenarkan mengendalikan kren...mengangkat beban dengan keadaan bergoyang, berhayun & terhuyung-hayang ke sana ke mari...alamatnya memang ramai la pekerja yg berada di bawah mati x sempat mengucap, yg lari bertempiaran menyelamatkan diri tu jgn cerita la...satu site huru-hara mcm nk kiamat nanti! Jawabnye itulah kali pertama & terakhirnya anda berpeluang mengendalikan kren untuk seumur hidup anda...!"
Ingatlah bahawa kerjaya Operator Kren Menara ini bukan semudah yg anda sangkakan. Ini bukan perkara main2 kerana setiap nyawa mereka yang bekerja/berada di bawah berada di tangan anda...! Jadi, carilah pengalaman...percayalah anda tidak akan rugi.
- Nak jadi operator Kren kena berkawan dengan Operator Kren. Langkah awal ini secara x langsung memberi pendedahan awal kepada anda mengenai situasi kerja sebenar di dalam Tapak Binaan melalui cerita, borak & sembang pengalaman rakan2 operator itu sendiri. Bukan maksud ayahteh melarang anda berkawan dengan orang yg berlainan kerjaya dgn anda, nk kawan ngn sape2 pun boleh...cuma untuk permulaan ni biarlah kita memilih kawan yg boleh memberi motivasi yg menjurus kepada bidang yg kita ingin ceburi ini. Faktor ini nampak remeh tapi cukup mempengaruhi. Psikologinya adalah utk menambah minat & melatih ketahanan mental anda dalam bidang ini.
2. Banyakkan Bersabar.
- Bukan senang nak jadi senang. Pepatah ini memang dah biasa kita dengar ye tak? Ayat yg cukup simple tapi amat sukar untuk kita menerima kebenarannya dalam hidup kita seharian. Jadi tibalah masanya kita mempersiapkan diri untuk berdepan dengan kenyataan bahawa segala kesusahan kita hari ini mempunyai hikmah di sebaliknya... Anggaplah segala kepayahan yg terpaksa anda tempuhi hari ini sebagai latihan & ujian untuk melihat sejauh mana serius & kentalnya semangat anda untuk menceburi bidang ini...(pergh...ayahteh dh rasa mcm Dr. Fadhilah Kamsah la pulak! haha)
Jangan cepat mengalah. Kalau hendak seribu daya, buktikan!
1 comment:
ASSALAMMUA'ALIKUM w.b.t
AYAHTEH,SAYA PERNAH HANTAR MAIL PADA AYAHTEH TENTANG KERJA OPER.CRANE,DAN AYAHTEH DAH BAGI PENDAPAT AYAHTEH..ALHAMDULILLAH..TAPI HASILNYA SAMA GAK..KALAU AYATEH KENAL INSPECT.KREN THIRU..SAYA MINTA USAHA SAMA DIA..TAPI LAIN MINTA,LAIN YG DI BERI..APALEH WAT DAH BAHAGIAN..
SAYA DAH JUMPA GAK OPER.LAIN DAN KAWAN SATU KURSUS YG DAH OPER. T.C.,TAPI MASING2 BERALASAN MCM2..DAN BAB YANG LAINNYA,RAMAI YG OPE.KREN NI WARGA INTERNATIONAL DARI RAKYAT TEMPATAN..
YG SAYA MUSYKIL LAGI,DAH TAHU TIADA PERMINTAAN..TAPI CIDB-ABM,IKTBN DAN SEANGKATANNYA MASIH RUN GAK COURSE NI..AND PATUT LETAKLAH SYARAT,BIAR ORG TAHU..NAK MASUK KURSUS NI,MESTI DAH ADA PENGALAMAN 3-10 TAHUN KE ATAS DAN KENALAN OPER.CRANE,JADI SENANGLAH KPD MEREKA YG TAK DE PENGALAMAN AND KRONI DALAM BIDANG NI,JANGAN MIMPI NAK AMBIK...TAPI APA LEH WAT,DAH MINAT AND AMIK,AND ADA LESEN LAGI...TAPI OPER. DALAM MIMPI DULULAH MASA NI..
p/s:Jika ayahteh ada info atau contac ttg kekosongan oper kren atau runer..minta usaha sama ayahteh info:012 2081543/ahmad.ghazali77@yahoo.com.my...wassalam wbt
Post a Comment