AWAS
...!
ANDA KINI BERADA DI DALAM 'ZON GAYAT'.

23 October 2008

The First Tower Cranes Blog in Malaysia...?

Alkisah seperti diriwayatkan berikut merupakan reaksi pertama salah seorang daripada sahabat karib ayahteh apabila dimaklumkan tentang kewujudan laman blog towercrane.com...in Malaysia ini, katanya spontan...

"...aku rasa ko jadi blogger pertama di Malaysia yang buat blog kren macam ni..."

Mmm...mungkin kot. Tapi apa la yang ada pada perkataan 'pertama' tu? Belum tentu orang ambik port benda-benda macam tu...! Tak heran punn...

Personally bagi ayahteh blog ini tidaklah seberapa, cuma berbentuk informasi semata-mata berkenaan kerjaya Operator Kren Menara ni, itu saja.

Zaman sekarang zaman teknologi maklumat, jadi mahu tak mahu kenalah kita mengikut peredaran semasa tu agar sentiasa dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain...tidaklah kita terus dikata ketinggalan zaman.

Hari ini internet digunakan sebagai medium utama untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan panduan...pendek kata, di Internet ni macam-macam ada & tiada sempadan!

Jadi tidaklah menjadi satu kejanggalan rasanya jika towercrane.com...in Malaysia ini diwujudkan bagi memacamkan lagi keadaan yang dah sedia macam-macam tu...hehe.

Jika zaman ayahteh dulu, untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan sesuatu kerjaya itu memang bukan main seksa lagi...terpaksa 'mengemis' buat muka tempe ke hulu ke hilir untuk mendapatkan kerja...

Nak cari kerja kena guna modal juga, dalam pada masa yang sama juga nak cari modal pun kena ada kerja dulu...! Jadi pening gitu je...huhu.
Last-last mak bapak juga jadi mangsa!


Bagi ayahteh, kita perlu mengetahui sedikit sebanyak berkenaan sesuatu kerjaya itu untuk mempersiapkan diri sebelum membuat sebarang keputusan. Apabila kita dah yakin baru kita boleh bertindak untuk 'terjun' ke dalamnya...takdelah kita jadi 'bidan terjun' pulak.






p/s : Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu dari segi teknikal & idea sehingga wujudnya laman blog towercrane.com...in Malaysia ini.
To blogger afeazd...thanx a lots bro!



4 comments:

Unknown said...

huhu mmg betul awk adalah blogger pasal tower crane pertama di malaysia....migh be at world haha..keep it up dna teruskan usaha.

www.afeazd.co.cc

bro r5 said...

salam bro...
tahniah dah semakin maju sekarang yer....ooopsss!!! bukan bro tp ayah teh lerrrr kannnn...............

ayahteh said...

hehe...tq bro.

Anonymous said...

Good fill someone in on and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Gratefulness you on your information.